Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Monday, July 18, 2011

Perasaan & kemuliaan



ISTILAH PERASAAN 








SUKA -Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.
 Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy go lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita takla rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. 
( Dalam erti lain : Suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya kita untuk puas bergembira ).






MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. 
( dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan…)



















SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 
( Dalam erti lain : sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerena kita bukannya cinta kepadanya).











CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.  
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. 
( Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau ).  





Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka, sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu………






Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.
















3 PERKARA YANG MENINGKATKAN KEMULIAAN
Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya...

Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu..
Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan dia...




No comments:

..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...