Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Sunday, July 24, 2011

Orang Yang Suka Menyebut Pemberiannya...

Daripada Abdullah Bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
3 golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat;
- Penderhaka Ibu...
- Penagih Arak...
- Orang Yang Suka Menyebut Pemberiannya...
Riwayat al-Hakim....


Sila baca ayat penyata diatas.. & tolong paham... Dah paham??? Baca lagi sekali yang saya bold kan tu.... Yg mana? Yang ini... "ORANG YANG SUKA MENYEBUT PEMBERIANNYA"

Cam makan dalam lak... Adoi.. Apa ek maksud hadia diatas dengan lebih jelas... Adakah masudnya suka mengungkit2 atau suka menunjuk2??? Law menunjuk2...alhamdulillah....terlepas la.. Sebab aku tak rasa diri aku camtu... Aku tak suka org taw pe yang aku bagi.. Cukuplah aku ngan si penerima nya...

Oit3...bukan aku nak kata aku baik la.... Tapi aku ni ada la cket2 perangai suka bagi2 kat org.. Bagi apa2 yang aku mampu la.. Kan tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.. Rezeki yang ALLAH bagi tu..jgn dok pulon sowang2...tu rezeki utk kita kongsi bersama...

Tapi...masalah aku...bila gado2 jer..aku mula la part touching...pastu..aku nanti terungkit... ter ok!! Bukan niat aku nak mengungkit...cuma nak sama2 sedar... Bila aku lupa..ang ingatkan aku..bila ang lupa..aku ingatkan ang.. Camtu jer maksud aku..tapi kekadang dah cam jadi kes ungkit mengungkit... Aku tak nak la jadi cam ayat kat atas tu... Sedih la camni... Niat nak wat baik..tapi dah jadi tak baik...


Pada sesiapa yang pernah aku ungkit2...maapkan aku.. Aku ni manusia biasa...Tak lari dari wat salah...hukhuk..sedih ni.. Aku nak jadi yang baik..tapi tak baik2 lagi rupanya... Degan penuh seikhlas hati..maafkan aku.. Aku tak nak tergolong dari 3 golongan yang  ALLAH tak pandang diakhirat nanti.. Plz....

YaALLAH...ikhlaskan hati aku dalam segala yang aku lakukan.. Ikhlas itu rahsia Mu.. Moga aku mendapat keredhaaan Mu didunia...lebih2 lagi diakhirat kelak....

No comments:

..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...