Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Sunday, July 31, 2011

Munajat hati...





Wahai Allah Yang Maha Agung . . .
Ampunilah seluruh dosa kami. . .
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami . . .

Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk . . .
mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik . . .
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia. . .
Peribadi yang indah dan terpelihara . . .

Ya Allah . . .
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati . . .
kedamaian hati,kebeningan dan kebersihan hati,ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam .. .
Usir dan buanglah segala kegelisihan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami....
Jadikan hati kami tenteram, tenangdan damai dengan mengingat-Mu..

Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu.. .
Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati. . .
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih . . .
Hati yang suci, tulus dan ikhlas... .






Untukmu Bakal 'Imam'ku...

.بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 




Untukmu Bakal 'Imam'ku... 
Yang tiada siapapun mengenali termasuklah diri ini..
Dirimu masih rahsia penciptamu..
Rahsia yang telah ditentukan untukku..
Yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku..
Cuma jambatan istikharah jua yang bisa merangkai rahsia ini....

Ketahuilah wahai mujahidku..

Ketahui namamu tidak menjadi idamanku..
Apalagi untuk menatap wajahmu...
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah...
Justeru diri ini amat bersyukur karena masih tidak ditakdirkan sembarang pertemuan antara kita..
Ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu..
Sungguh kita menempuh seksaan ALLAH..
Ya Tuhan ... lindungi kami...

Biar bertahun lama..

Yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah...
Apalah artinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku...
Andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku...

Melainkan didikanmu yang akan membuat diri ini mencintai perjuangan menegakkan Din ini...
Berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahid ku damba..
Berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan mu kelak....

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku...

Agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad..
Mungkin kau hairan suamiku..
Mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya...
Suamiku...hatimu itu milik Rabbul jalil..
Dan kumohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku..
Dari awal lagi sudah kudidik hati ini..bahwa dirimu, suamiku, bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku... 
Kalian milik Allah...
Dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini...

Wahai suamiku...

Seadanya diri ini sekarang..
Hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid...
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati...
Kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku...

walau dimana jua dirimu...& siapa jua dirimu...
Yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhaNya...
Sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari Rafi'ul A'la...
Bersamalah kita bersyukur..bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...
Kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas...
Andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...



Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
Biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud...




Aku nak kawin esok....

Yes....aku nak kawen..nak kawen sgt2... Gatai? Bukan masalah gatai.. Masalahnye..nak elak maksiat.. Kawin jela... InsyaALLAH pas raya ni aku kawin... Ok tak? Hahaha.. Penat jawab soklan asyik org dok tny soklan yg sama ni.. "Esok aku kawin ok!"



Sapa yang tak nak kawen kan... Yes..aku pun nak kawen.. Sunnah nabi...dapat pahala... Kawen ni pun ada hukum2..yang mana awjib..sunat..makhruh...haram... Dah blajaq kan time sekolah dulu.. Tak kan lupa.. So..law dah tahap wajib..maka kawin la.. Tapi law dah tak de jodoh lagi..nak kawen cmne?

Bwk2 bersabar la wahai rakyat jelata...akan tiba masanya saya jemput anda makan free...raya nanti dtg la rumah...saya tak wat kenduri..wat open house jer!! Jodoh saya tak bagi salam lagi....

Fikir sal jodoh di usia2 camni..kekdg...tol2 sakit pala... My parents lex jer..tak de lak kalut sal aku.. Sebab dia taw anak dara ni tak de over2 gedik2 ngan manusia bukan muhrim..kuar berdua pun tak pernah..so..dia tak risau sgt.. Bg d'owg law dah jodoh..kawen je la nanti... Itu urusan ALLAH... My parents know me... Tapi org len yg sibuk2....

Sapa yang tak terasa...tgok kwn2...sedara2 yg sebaya kita dah ada keluarga sendiri..ada disamping suami tersayang..anak2 utk disayangi.. Tipu la law aku tak nak rasa semua tu... But semua tu bukan senang... Petik jer semua dapat...

Bagi aku jodoh ni urusan ALLAH... tak payah la susah2 sgt... Law ada..ada la..law takde redha je la... Lagi pun trend zaman skrg...kena bercinta dulu.. Aku dah serik kot... Lagipun...ilmu yg baru lagi kot aku bljaq...berkapel ni haram.. So..for what wat benda haram? Benda yg DIA suh wat..pun tak sempurna lagi.. Yg haram jgn sentuh...!! Law boleh elak..memang aku nak elak.. InsyaALLAH... Aku pernah gak rasai alam cintan-cintun....walau cintan-cintun jarak jauh... Cket sbyk..ada gak benda salah yg kita wat... Tetambah law yg dekat...  Maksiat ni bnyk jenis maksiat...  Bukan saja dari segi perbuatan...per yg kita wat jer jadi maksiat.. pe yg kita cakap pun leh jadi maksiat.. Maksiat hati??? Tu maksiat paling kita selalu kita tak sedar kita wat.. 

So..pk2 la... Aku bukan ustazah nak berdakwah... Sekadar sesama islam..ingat mengingati.. Peringatan utk diri sendiri jugak.. Aku bukan manusia sempurna...Aku bukan baik... Tapi aku cuba jadi yg terbaik... Hidup ini bukan mencari kesempurnaan.. Tapi kekurangan utk dilengkapi.. Kesilapan utk dibetulkan... InsyaALLAH...kita semua belajar dari kesilpan... Kekurangan pada aku...kau akan lengkapi....

YaALLAH..kirimkan lah aku kekasih yg baik hati..yg mencintai aku apa adanya... Yg akan melengkapi segala kekurangan ini... Yang bisa membimbing aku... yg akan membawa aku ke syurgaMU.. 





Cinta,
dalam sujudku pada-Nya
ku titipkan doa dan pintaku.....
semoga kau senantiasa dalam penjagaan-Nya ketika penjagaanku tak sampai padamu
semoga kau selalu dikasihi dan disayangi -Nya ketika kasih dan sayangku tak mampu melampaui dimana kau berada saat ini.
Ku pinta pada-Nya agar Cinta-Nya selalu ada untukmu, ketika aku tak sanggup lagi mencintai

Ku tegarkan, segala kerapuhan,
kan ku indahkan segala kesedihan...
bahagia mu adalah doa dan harapku....
senyumu, menjadi suatu cita – cita dimana aku bisa merasakannya itu tulus hanya untuku...

Semoga kan selalu baik adanya..meskipun jalan ini tak sempurna....

ucap terakhirku, ku harap kan terbaca jelas di mata dan hatimu...

aku mengerti.... aku di sini, dan aku mencintaimu apapun adanya kau dengan segala kurangmu...

dan biarlah......... biarlakanlah tulusku...yang mencintaimu....

Semoga kau dengar wahai cinta....




Jika ia sebuah CINTA
dia tak hanya MENDENGAR
Melainkan senantiasa BERGETAR
Jika ia sebuah CINTA...dia tak mungkin BUTA
Melainkan senantiasa MELIHAT & MERASAKAN
Tiada manusia yg terlepas dari CINTA
Tiada makhluk yg hidup tanpa CINTA
Karna Cinta adalah fitrah bagi manusia
Yang percaya akan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla.



Friday, July 29, 2011

Menanti dia...

♥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ♥


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar SUAMI
Seorang mukmin yang merindui SYAHID di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa DZIKRULLAH

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata BENAR
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang BERJIHAD FIE SABILILLAH

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci AL-QUR`AN
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah DUNIAWI
Dia menasihati ku supaya mengingati MATI
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lezatnya lagi pesona cinta YANG MAHA ESA

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat MENGAJI dan BERDZIKIR
Badannya letih kerana berMUNAJAT di malam hari

Dia sentiasa mengingati MATI
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di PADANG MAHSYAR nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran ISLAM
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga SHOLATnya kerana itulah MARUAH dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi IMAM dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana ISLAM adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah Shollallohu alaihi wasallam
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih AGUNGnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan SYURGA
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke SYURGA yang ABADI dan HAKIKI

Aku mencintai dia kerana AGAMAnya dan kerana cintanya kepada MAHA PENCIPTA
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana.. Dia pilihan ku..




Wednesday, July 27, 2011

Suka - Sayang - Cinta



Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.





Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta...... ada perasaan yang jauh lebih mendalam… yaitu rasa sayang. Sayang yang tidak hilang secepat cintapergi, sayang yang tidak mudah berubah, perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kau sayangi. Mau menderita demi kebahagiaan orang yang kau sayangi. Cinta ingin memiliki, tetapisayang “hanya” ingin melihat orang yang disayanginya bahagia......... walaupun harus kehilangan








Sunday, July 24, 2011

Orang Yang Suka Menyebut Pemberiannya...

Daripada Abdullah Bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
3 golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat;
- Penderhaka Ibu...
- Penagih Arak...
- Orang Yang Suka Menyebut Pemberiannya...
Riwayat al-Hakim....


Sila baca ayat penyata diatas.. & tolong paham... Dah paham??? Baca lagi sekali yang saya bold kan tu.... Yg mana? Yang ini... "ORANG YANG SUKA MENYEBUT PEMBERIANNYA"

Cam makan dalam lak... Adoi.. Apa ek maksud hadia diatas dengan lebih jelas... Adakah masudnya suka mengungkit2 atau suka menunjuk2??? Law menunjuk2...alhamdulillah....terlepas la.. Sebab aku tak rasa diri aku camtu... Aku tak suka org taw pe yang aku bagi.. Cukuplah aku ngan si penerima nya...

Oit3...bukan aku nak kata aku baik la.... Tapi aku ni ada la cket2 perangai suka bagi2 kat org.. Bagi apa2 yang aku mampu la.. Kan tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.. Rezeki yang ALLAH bagi tu..jgn dok pulon sowang2...tu rezeki utk kita kongsi bersama...

Tapi...masalah aku...bila gado2 jer..aku mula la part touching...pastu..aku nanti terungkit... ter ok!! Bukan niat aku nak mengungkit...cuma nak sama2 sedar... Bila aku lupa..ang ingatkan aku..bila ang lupa..aku ingatkan ang.. Camtu jer maksud aku..tapi kekadang dah cam jadi kes ungkit mengungkit... Aku tak nak la jadi cam ayat kat atas tu... Sedih la camni... Niat nak wat baik..tapi dah jadi tak baik...


Pada sesiapa yang pernah aku ungkit2...maapkan aku.. Aku ni manusia biasa...Tak lari dari wat salah...hukhuk..sedih ni.. Aku nak jadi yang baik..tapi tak baik2 lagi rupanya... Degan penuh seikhlas hati..maafkan aku.. Aku tak nak tergolong dari 3 golongan yang  ALLAH tak pandang diakhirat nanti.. Plz....

YaALLAH...ikhlaskan hati aku dalam segala yang aku lakukan.. Ikhlas itu rahsia Mu.. Moga aku mendapat keredhaaan Mu didunia...lebih2 lagi diakhirat kelak....

Benci!!!


Napa kau masih ganggu aku?? Napa hari2 kau perlu dtg?? Napa kau tak nak paham..yang aku tak suka kau!! Aku tak suka...aku tak nak pandang kau walau seminit.. Aku tak nak ada apa2 kaitan ag ngan kau.. Boleh tak kau jgn ganggu hidup aku lagi?? Tolong lah..aku nak hidup ngan aman.... Tanpa kau!!! Tak perlu la susah payah amik taw hal aku...sbb aku tak sudi.. Segala apa yang kau buat..hanya buat aku benci & terus membenci kamu!!!



Kamu ni manusia jenis apa ek... Dah org tak suka..tak sudi.. Apa lagi dok kaco2.. Apa lagi kau dok ganggu.. Apa lagi dok terhegeh2???? Sila buka kamus dewan bahasa & pustaka la.. Apa maksud BENCI!!!
I really means it...when i said it.. So...plz...

Tolong la.. Nak aku merayu camne lagi?? Supaya kau tak ganggu aku lagi?? I'm not looking for you there...i'm looking for others...looking for my future..aku nak cari duit.. Law dah hari2 ang mai dok kaco...dok wat operasi...dok wat spotcheck....camne aku nak nega??? Tolong la.....g wat kje kat tempat len leh tak???

Kepada pihak KPDNKK...bukan ku tak suka..mahupun tak sudi...maafkan aku...  Tapi agak tekanan dengan kunjunganmu hari demi hari.... Plz....





Saturday, July 23, 2011

R . I . N . D . U .



Saya rindu awak sangat2...


Rindu...awak amik berat sal saya...

Rindu..awak marah bila saya suka nangis...

Rindu....awk risau tntg saya....

Rindu...tgur nasihat awak....

Rindu....kita gado2 manja...

Rindu...awak majuk2 ngada...

Rindu...suara awak...

Rindu...awak nyanyi utk saya....

Rindu...serindu rindunya...

Rindu...rindu segala2nya tentang awak...

Maafkan saya...

Kerana terus merindui awak hinggaa ke detik ini...


M . I . S . S .   Y . O . U .   S . O .   M . U . C . H .

Friday, July 22, 2011

Hidup ni umpama cd stuck!!

Baru jer hati nak berbunga riang.. Rasa happy...rasa sedikit bahagia.. Tetiba je rasa kebahagiaan tu diragut.. Huh...bencinyer... Tapi...apakan daya.. Perjalanan hidup..gini la... Lau over bahagia..t leh jadi gila lak kan... Sebeb over syok sendiri sgt.. So..bila kekadang kita diuji..kita cepat sedar diri...



Aku sendiri tak paham..napa aku sanggup terus barada dalam situasi ini.. Situasi yang menyakitkan... Iye ke? Tak la...sebab kekedang rasa bahagia...rasa kemanisan nye... Tapi dalam manis kekadang ada gak kelatnye.. What to do..rempuh je la.. Dah ini yang aku pilih....

Tetapi...persoalan yang menerjah.. Sampai bila nak bahagia yang tak bape hakiki ni.. Bahagia cetak rompak... Bukan yang original!! Asyik stuck2...rosak...gilap2...ok la....pastu stuck lagi... Cd stuck!! Pernah alami situasi ni??? Hidup aku ni dah cam cd yang tersekat2 tu.. Uwaaaa...tolong aku...



Sebenarnya..aku kena tolong diri aku sendiri..tapi aku sendiri yang pilih nak camni.. Tak leh salahkan sesiapa... Cuma menunggu keajaiban dariNYA.. Kun fa ya kun.... InsyaALLAH...

ALLAH knows the best... Pray for my goodness...For entire my life...



.....Satu malam memberi sejuta rasa.....
...Satu malam memberi sejuta duka...
.....Satu malam memberi sejuta erti....

Lelaki vs Perempuan

Otak si lelaki selalunya KOSONG.


Otak si perempuan sentiasa SERABUT.




Bila si lelaki keluar, dia tak suka si perempuan call / SMS banyak-banyak kali asking what/where/who questions. WHY? sebab dia dah bagitahu awal-awal pergi mana dengan siapa buat apa pukul berapa statements yang berbaur “Let me enjoy my freedom. Dont disturb me.”


Bila si perempuan keluar, dia suka call / SMS si lelaki banyak-banyak kali telling what/where/who stories. WHY? sebab dia nak si lelaki tahu yang walaupun dia sedang enjoy bersama rakan-rakannya, dia masih ingatkan si lelaki yang keseorangan di rumah dan mahu si lelaki menikmati saat-saat tersebut bersama-sama. macam “Im sorry i cant go out with you right now but we still can be together!” punya statement.


Lelaki tak suka cakap/beritahu/ulang perkara yang sama banyak-banyak kali. macam I love you forever and ever. And he mean it! so sekali cukup!tak payah ulang-ulang.

Perempuan suka dengar/kata perkara yang sama banyak-banyak kali. macam addicted to the magic words. kalau boleh setiap saat nak dengar si lelaki sebut I love you.

Lelaki cakap i will do anything for you. tapi macam “call/tell me when you really-really need me ONLY.” punya statement.

Perempuan cakap please do everything for me. tapi sebenarnya “I can do better than you but I just want to know whether you really want to do it for me or you just say it..” punya statement.





.

10 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN DALAM BERCINTA

Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.
Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.



Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!







Lastly....perkara yang perlu dielakkan..
YANG HARAM TETAP HARAM....
JGN DOK HALALKAN YANG HARAM!!!!













Lelaki & Perempuan







(L)  Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.


(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L)  Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P)  Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L)  Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L)  Bersikap pemurah atau boros.
(P)  Bersifat kedekut atau berjimat.

(L)  Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)  Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L)  Tidak fokus kepada sesuatu perkara.
(P)  Fokus kepada sesuatu perkara.

(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L)  Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat.
(P)  Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P)  Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan


(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya.
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya.

(L)  Agak keberatan meminta maaf.
(P)  Lebih mudah meminta maaf.

(L)  Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran.
(P)  Risau apabila menghadapi kesukaran.

(L)  Suka MEMBUAT keputusan.
(P)  Suka MENGIKUT keputusan.

(L)  Terasa selesa berjauhan dgn keluarga.
(P)  Suka bersama keluarga.



Perempuan dan lelaki pasti ada sifat baik dan buruknya...bergantung kita sebagai manusia yang memandangnya...
Cinta bukan hal yang biasa lagi dalam hidup.... Ertinya cinta akan membawa kebahagian dan kesengsaraan apabila kita tidak tahu erti dan bagaimana memperlakukan cinta itu dalam cerminannya...sapa....kita sendiri....
Jadi perlakukanlah pasangan anda sebagaimana anda memperlakukan diri anda sendiri....
Rahsia cinta ada dalam diri masing-masing dan tergantung dari sifat pasangan kita....







Monday, July 18, 2011

Teacher Shocks - Student Rocks

Teacher: 


just imagine you are on the3rd floor,
it caught fire
and how will you escape?

Student:


 its simple.
...I will
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
stop my imagination!!!
Teacher Shocks - Student Rocks



..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...