Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Sunday, June 16, 2013

Dia - part 1

 16 Jun 1984 - 16 Jun 2013..Dah 29 sahabat saya yang sorang ni.. Lagi sethn je lagi dah tak layak guna no 2 kat depan... hoho.. Saya? Lambat lagi.. Lebih dari sethn.. sethn empat bulan empat hari lagi.. lama kan..

Persahabatan yg saya kira mencatat sejarah dlm hidup saya.. Paling lama.. Tak termasuk la maksu saya yg merangkap kawan baik saya  sejak baby or maybe sejak dalam perut.. Sebab kami sebaya..

Kira-kira seawal darjah 2 beliau berhijrah berhampir rumah saya.. Maka..berjiran la kami..Walau berjiran..pada mulanya..tak lah begitu akrab.. Mungkin hanya teman sepermainan.. Budak2..nk bermain tak kira kawan mahupun lawan.. Tetambah main lompat getah.. Kena ada pihak lawan.. Seawal penghijrahan beliau.. kami tidak akrab.. Tetambah dgn loghatnya yg berbeza dari kawan sekampung yg lain.. Budak johor katanya..

Walau satu sekolah.. Tapi berlainan kelas.. Beliau bersekolah pada waktu petang.. Saya bersekolah diwaktu pagi.. Dia ada kesempatan utk bgn lambat.. Heee... Maka..waktu yg terluang bersama hanya hujung minggu..

Masa berjalan begitu pantas.. Akhir takdir menetukan kami sekelas akhirnya bila darjah 4.. Sesama pandai kot..Bermula darjah 4-6kami sekelas.. Sungguh akrab.. Bagaikan kembar.. Kami juga mempunyai seorang lagi kawan..Zahidah.. Apa2 aktiviti kami sering laku bersama.. Seawal pagi kami akan berjumpa.. Selalunya berkumpul dirumah beliau.. Sebab dia yg akan lambat..Hihi.. Tu la akibatnya bila selalu sekolah petang.. Ibu beliau akn mula berleter.. "dd slalu lambat..kau tinggal je yana".. Untungnya beliau kerana mendapat sahabt sesabar saya.. haha boleh gitu?

Sewaktu balik kami akan bersaing bersama2.. kekadang lepak dulu dikantin mengorat abg kantin seround dua...kekadang singgah kat kedai makcik jual jambu dan air tu.. yg pasti setiap kali blk sekolah kami akan adakan meeting dipersimpngan jalan... zahidah ada sama... simpang tu utk jalan kerumah zahidah... berbincang separa dua..mungkin berjela2 jadinya meeting kami..







No comments:

..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...