Percaya tak..perkara baik dibalas baik, ...perkara jahat dibalas jahat...
Kalau ada orang buat jahat pada kita, tak usahlah kita balas perbuatan jahat
itu balik.
Biarlah Allah SWT yang berikan balasan yang setimpal pada insan tersebut.
Kalau kita balas juga dengan perkara yang jahat, maknanya kita bodoh,
sama bodoh dengan orang yang jahat itu...
Mungkin hari ini orang layan kita macam sampah...tapi tengoklah esok hari...
orang itu pula akan rasa macam mana diri dilayan macam sampah.
What goes around come back around...
* Bukanlah mendoakan perkara yang buruk untuk orang lain, cuma ini hakikat.
Ini kenyataan. Mungkin belum nampak atau belum rasa, tapi tunggulah...
ada masanya nanti Allah akan balas, Dia Maha Adil..
Jadilah sahabat yang hadirnya disenangi dan perginya dirasai kerana mencari seorang sahabat yang jujur dan setia ibarat mencari permata di timbunan kaca..
Dalam persahabatan, kita akan berjumpa dengan ramai orang. Ada yang membahagiakan, ada yang mampu menjahanamkan. Pilihlah sahabat yang boleh mengingatkan kita kepada Pencipta, yang akan menyelamatkan kita daripada azab nerakaNya. Sahabat, maafkan diri ini kerana kadang-kadang diri terlupa sehingga ada perkara yang terlepas pandang dari teguran...
No comments:
Post a Comment