Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat. Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).
Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalamhadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.
Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.
Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.
Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
NOTA:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)
Lafaz niat:
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
PERINGATAN:
Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
okey kekwn..pham tak? cam ustazah tak?? tak layak pun... just share something.... ok...diringkaskan...law kita nak wat sendiri...
2 + 2 + 2 + 2 = terawih... or leh gak wat 20rakaat...
kemudian....
2 + 1 = witir... or leh wat angka2 ganjil(1, 3, 5, 7.....)...1rakaat pun leh...mesti diakhiri 1 rakaat utk ganjilkan ok..
tapi witir ni..law wat3rakkat..tak leh wat sama cam maghrib ok...
disini sedikit penerangan sal witir ok...
Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :
لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)
Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.
sekadar ni jer perkongsian utk bersama...
moga dapat keberkatan di bulan yg mulia ini... :)
sebarang salah silap mohon tunjuk ajar....
28 comments:
oh terima kasih dear atas perkongsian entri nie..mmg tgh cari info yg mudah..
salam ramadhan.. :)
u r most welcome...
sharing is caring... :)
terima kasih sebab share :)
ilmu tu semua dari ALLAH...
kita sesama manusia cuma menyampaikan..& berkongsi... :)
Terima kasih. Penjelasan mudah difahami
jazakillah iryana.. perkongsian maklumat yang ditulis tahun 2011 masih berguna tahun 2012.. dan didoakan berguna sampai bila2.. amin
www.nuruldahlya.com
trima kasih utk info berguna.. mohon share di blog saye yer..
Terima kasih sahabatku....
Selama berpuasa semua dan selamat mengerjakan solat tarawikh
Selamat berpuasa dan terima kasih kerana memberi maklumat yang berguna kepada muslimin dan muslimat am nya.
terima kasih share ..:)
thanx to all...
ilmu yg ada utk sama2 kita kongsi..
harap2 dpat keberkatan dariNYA... :)
terima kasih..moga terdiri antara 3 amalan yg amat dituntut
thanks share...sgt2 berguna..memg tgh search...
terima kasih diatas perkongsian ilmu yg amat berguna..xkan lapuk dek zaman..semoga kita sama2 berusaha melakukan ibadah yg terbaik.In Sha Allah..Salam Ramadhan
Alhamdulillah.. Entri paling laris dlm blog picisan ni.. Walau entri 2 thn yg lalu.. masih berguna.. Moga dapat keberkatan & redhaNya.. Semua ilmu milikNya.. Saya cuma berkongsi.. Moga ada manafaatnya utk kita semua.. Jika ada slh silap..pohon tunjuk ajar...
Salam Ramadhan utk semua...
wechat : iryana84
ilmu bermanafaat yg disebarkan, walau dh mati pun, in sha Allah org yg menyebarkannya akan mendapat pahala
Terimakasih kerana berkongsi..
Terima kasih sebab share.. memang tgh carik pasal tarawih sendirian n solat sunat witir ni. Alhamdulilah. Semoga anda diberkati Allah swt :)
Terima kasih...hanya Allah juga yg membalasnya....aminnn
Terima kasih. Sgt mbantu :-)
Terima kasih..
Terima kasih Iryana... penerangan yg cukup jelas & mudah difahami... semuga Allah memberi pahala yg berterusan kpd anda diatas perkongsian ini...
Jazakillahu khairan atas sharing...
Trima kasih.
Trima kasih.
thanks awak :) So informative :)
☺
Post a Comment