Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Saturday, August 6, 2011

Bagaimana nak bertemu Malam Lailatul Qadar....


Sekadar perkongsian dari apa yang saya baca....
Dari sekarang mari kita bersama2 perbaiki diri...
Berusaha jadi yg terbaik...
Lakukan yg terbaik dibulan yang mulia ni...
Agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar...






Antara Syarat Allah temukan kita dengan Malam Lailatul Qadar
5 syarat yang perlu ada agar Allah temukan kita dengan malam yang lebih baik dari 83 tahun (1000 bulan)
  1. Tetap dan terus mengerjakan perintah Allah, disamping meninggalkan segala laranganNya. Berpuasa tetapi tidak solat  serupa tidak beriman kepadaNya.
  2. Memperbanyak dan menggandakan amalan-amalan yang hanya terdapat pada bulan ramadan, ini merupakan salah satu cara kita mensyukuri terhadap Rahmat Allah kepada kita.
  3. Banyakkan berdoa semasa kita sedang puasa ambilah kesempatan dan yang inipun hanya terdapat di bulan ramadan. "Allah tidak akan menolak doa orang-orang yang sedang berpuasa". Satu lagi perbanyakkan doa bila menghadap rezeki (makanan)
  4. Tidak membazir : masyarakat sering lupakan yang ini. Berapa banyak pembaziran yang telah kita lakukan selama ini. Pembazir adalah saudara Syaitan. Banyak makanan kita buang gara-gara melayan kehendak (nafsu). Bulan puasa menjadi bulan pesta makan, karnival membeli makanan. Membazir itu  dalam bahasa yang mudah sesuatu yang diguna / beli bukan bukan kerana keperluan. Bertaubatlah dan mohon ampunan diatas segala pembaziran yang telah kita lakukan selama ini. Cuba fikir berapa banyak air yang kita buang semasa mengambil wudhu?
  5. Bersedekah, menderma dan menolong :  maka perbanyakanlah - memang cabarannya  banyak syaitan selalu membisikan ragu-ragu dan kefakiran bila kita berderma, tetapi yakinlah dengan janji Allah setiap harta yang diinfaqkan akan di balas minima 700 kali ganda banyaknya. Akhirnya jika segala syarat telah terpenuhi semoga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar - malam yang lebih baik dari 1000 bulan. .. Amin






No comments:

..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...