Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Friday, July 29, 2011

Menanti dia...

♥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ♥


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar SUAMI
Seorang mukmin yang merindui SYAHID di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa DZIKRULLAH

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata BENAR
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang BERJIHAD FIE SABILILLAH

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci AL-QUR`AN
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah DUNIAWI
Dia menasihati ku supaya mengingati MATI
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lezatnya lagi pesona cinta YANG MAHA ESA

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat MENGAJI dan BERDZIKIR
Badannya letih kerana berMUNAJAT di malam hari

Dia sentiasa mengingati MATI
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di PADANG MAHSYAR nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran ISLAM
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga SHOLATnya kerana itulah MARUAH dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi IMAM dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana ISLAM adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah Shollallohu alaihi wasallam
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih AGUNGnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan SYURGA
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke SYURGA yang ABADI dan HAKIKI

Aku mencintai dia kerana AGAMAnya dan kerana cintanya kepada MAHA PENCIPTA
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana.. Dia pilihan ku..




No comments:

..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...