Me = Myself + Iryana

Me = Myself + Iryana
SaYa HaNyA iNsAn BiAsA

AyaT-AyAt bEst!

Tidaklah dikatakan beriman salah seorang di antara kalian hingga mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana mencintai dirinya sendiri.... Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.... Sahabat yang baik adalah yang seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya (Imam Syafie)

Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadar



Bilakah Waktu Sebenar Lailatul Qadar?
Ia berlaku setiap tahun, bukannya hanya pada ketika ia diwahyukan atau tahun ayat itu diturunkan sahaja.
Pertamanya, Lailatu Qadar hanya akan berlaku dalam bulan Ramadhan.
Kedua, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Ini adalah pendapat yang paling rajih (absah).
Ketiga, ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?
Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:
1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
4.  Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
5.  Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin semata.

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?
Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?
Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa.
Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:
``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' 
(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud:
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Mitos Dalam Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr
Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di antara kejadian pelik yang merupakan mitos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr ialah:
1. Air sungai berhenti mengalir.
2. Pepohon menunduk.
3. Bekunya air.
4. Pokok sujud ke bumi
5. Ufuk langit merah

Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malam-malam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui. Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas. Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.
Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal  “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27 Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali antara 24 hingga 29 darjah celsius. Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim,  Abu Daud,  dan  Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

Rumusan
Setiap fakta berkaitan malam Al-Qadr adalah perkara pokok dalam sistem kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya. Kita mesti bersedia dengan sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan
keredhaan Allah s.w.t..

Sumber : Dr. Amini Amir Abdullah
Pengarah Pusat Islam
Universiti Putra Malaysia




Sunday, August 14, 2011

Salah Aku Kenal Kau!!!


Hati sakit bila tak dipeduli...
Hati sakit bila dihindari...
Hati sakit bila dikhianati....
Hati sakit bila tak di sayangi...

Sapa yang nak semua tu terjadi kan.. Penat mengeluh.. Penat memikirkan semua yang pernah yg terjadi lam hidup.. Kenapa dia hadir lam hidup kita..?? Kenapa kita berkawan ngan dia..?? Kenapa dia istimewa sgt..?? Kenapa & kenapa... ?????

Persoalan yang sering datang bertubi2 bila 'someone' lam hidup kita ni 'bermasalah'... Masalah dgn kita.. Masalah ngan diri sendiri.. Atau ngan sapa2 jer.. Janji masalah... Bila ada jer cket jer problem kita ngan dia.. Mula la kita pertikai kan... Napa la aku berkawan ngan manusia cmni..?? Napa kau hadir lam hidup aku.. ??Bodohnye aku sayang kau!

sila abaikan tgn yg berbulu itu ok!


Relax ler... Setiap yg terjadi ada hikmahnyer... (aku nak sedapkan ati aku sendiri ni..~uwaaa~) Pegalaman tu..kita kenal org cmni..kita bljar something..kenal org camtu..kita taw tntg diri kita lak.. So...jgn salahkan takdir.. Napa ada nyer pertemuan..seandainyer. perpisahan yg terjadi..?? Napa mesti aku sayang dia jugak..walau dia tak sayang aku..?? Napa dia cari aku bila dia ada masalah jer..takde masalah..tak nmpk pun..??

Ok2..hentikan semua persoalan2 yg tak baik lam otak anda... Think positive ek.. Sebab kita tak pernah jumpa org yg salah.. Trust me... Setiap yg terjadi ada himahnye.. Napa ALLAH temukan aku ngan kau..?? Napa ALLAH dekatkan aku ngan kau..?? Napa wujud rasa sayang aku kat kau..?? Semua hanya kerana ALLAH...



Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... 
Semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah..kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

**tengah down tadi..aku terbaca ARTKEL ni...  Sekarang saya belajar sesuatu.. Napa kita jumpa... Napa kita kenal.. Napa kita berkawan.. Napa ada rasa sayang... Napa aku terus disakiti... Napa masih bertahan.. Napa kita terus kekal bersaudara... Jawapannya....Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Aku sayang korang semua!! 



Kita bertemu kerana Allah . Berpisah pun kerana Allah .




Saturday, August 13, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah





Tetiba jer aku join benda alah gini.. 1st time kot sejak jadi blogger yg tak bape nak sejati sgt.. Hakhak...

Tetiba nak try kot2 leh ramai follower.. Leh gitu.. Malu la t ramai2... ~gila gedix~

Law korang nak join...klik sini....

Okey..

syarat pertama....dah follow AA..

syarat kedua...copy banner diatas pun dah...

syarat ketiga...paste tajuk... " Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

syarat keempat....nama & hobi...
nama saya iryana..panggil yana.. Y . A . N . A
hobi...err...tido...haha..pastu nangis...
kuang3..hobi yg sebenar2 hobi..sgt suka membaca...dengar lagu...(layan jiwang)

syarat kelima...kena paste link ni..(err..japg ek..baru nak siapkan ni)

syarat keenam..tag kekwn...yg ditag mesti tahu....tapi syarat keenam ni sunat jer nak wat or tak...
tak taw nak tag sapa....kwn2 baik saya dah tak aktif berblog...hukhuk...

Err..tu je kot....Ok? see u then.. Salam ramadhan..

Try my luck... :)




Iklan - Susu - Baby


Hari ni 13 Ramadhan... Dah 13hari kita berposa.. Tapi aku baru 11 hari kot... Anda?? Alhamdulillah..dah berbuka ngan serba sederhana.... Alhamdulillah..masih ada rezeki yg ALLAH beri walau serba sederhana.... Alhamdulillah..masih diberi kesempatan berbuka ngan mak & bapa tadi...

Tadi pagi lepas bersahur...twus kesubuh...sempat la baca yasin satu round...patu lepak depan tv... Dah jadi kebiasaan lak sejak 3-4 ari ni.. Pas subuh lepak depan tv dengar rancangan tanya ustaz... Syok gak.. Dapat info.. Takde aktiviti.. Tido? Lwt cket.. Sbb mmg takde aktiviti...

Gah best melayan ustaz tu pny soal jawab.. Selingan iklan.. Ada iklan susu.. Susu anmum kot law tak salah... Ntah napa hati aku tersentuh leh meleleh dipagi hari yg hening lak.. Hehe... Naluri babe!! Iklan tu citer si ibu yang ngah gandung tu sonok dapat dgr denyut nadi si anak dalam perut.. Dapat rasa pembesaran anak.. Wah...best kan?? Macam2 rasa leh rasa.. Aku tak de pengalaman!!



Tetiba cmne ke aku leh tertanya sendiri.. Aku berkesempatan tak merasai detik2 gitu?? Ada ke peluang tuk melalui detik2 tu?? Bila persoalan2 gitu dok ulang tayang di pala otak ni.. Hati aku ni mula la tersentuh.. Tetiba jer dah nangis... Uwaaaa... Tetambah dok tgok kekwn semua pakat dah pernah lalui pglmn gitu...



Takpe lah yana..bersabar ok!!... Setiap yg terjadi ada hikmahnya... ALLAH dah aturkan yg terbaik utk ang.. So..bersabar ok.. Berdoa & terus berdoa.. InsyaALLAH...satu masa t ang akan merasai semua  tu... Law bukan jodoh ang kat dunia ni..mungkin 'disana' kelak....InsyaALLAH...janji ALLAH itu pasti!


ni pic twin ek? nak2!! :)


Tuesday, August 9, 2011

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"



Sumber : copy dari facebook...



Sunday, August 7, 2011

Dia juga seperti kita...punya hati & perasaan....





Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali
 diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, 
kita beruntung kerana
Mempunyai seorang 
sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat
, begitulah juga dia. 

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. 
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. 
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? 
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang
 selalu berada disisi
 pada waktu kita memerlukannya...
juga kita luahkan. 


Dia mendengar luahan perasaan kita...
Segala rasa kecewa dan ketakutan. ..
Harapan dan impian..
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah...
Selalunya
 kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga 
Kadang-kadang kita terlupa..
sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.


Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya???

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita???

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya???

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah???


Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??? 

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan??? 



Sesekali jadilah sahabat
 yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa
 untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
Kerana dia juga seorang manusia...
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan… 



...Jadilah kita sahabatnya itu...



Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan… 
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan… 

Kita tidak tahu…
Tetapi... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya... 
mungkin kita akan tahu..



Aku juga ada hati & perasaan...

Semenjak bulan yg mulia ni.. Entri2 yg baik2 je kan... Muhasabah diri... Tetapi diri sendiri dok pendam pe yg terperam ni... Tak taw kemana nak luah.. kemana nak berkongsi segala rasa.. Ngadu padaNya hanya ku mampu...

Baru 2 mlm lepas....aku rasa bahagia... Napa? biarlah rahsia.. rahsia aku dgnNYA... Terus berdoa padaNYA... Moga segala petunjuk tu....adalah yg terbaik & diredhai olehNYA... Tetiba malam semalm dah tak bape nak bahagia...



Aku sedikit kecik ati... Kecik ati dengan org2 terdekat ngan aku... Bila dah ada masalah dgn org len... Jgn la layan aku cam bermasalah ngan aku...!!! Aku pun ada hati & perasaan.. Sedih la... Aku layan bebaik jer.. Cuba wat yg terbaik.. Tapi..apa yg aku dapat?? Layan aku cam sampah!! Cuba letak diri anda pada kedudukan aku... Bila aku ada masalah dgn kwn A..aku moody...aku marah..semua hanya sebab A.. Tetiba kwn B datang tgor...dtg ngan cara baik...mood aku yg tak ok tu..aku tak lyn kwn B ni leklok...tempias kwn B ni pun kena... Sedih kot berkawan ngan org cmni...



Yes..aku sedih org wat aku cmni.. Dah la aku tak taw pa masalah.. Citer pe pun tak kat aku... Tetiba aku yg jadi mangsa... Aku kena tempias nyer... Tak adil!!!! tolong la... Bila ang ada masalah ngan someone...jgn wat cam semua org bermasalah ngan ang!!

Ok..bulan2 posa ni...mulut & ati pun kena posa.. Ni dah skit tersasar kot... But..aku tak larat pendam sowang2... Kerap sgt2...Plz...to all of u.... Control ur mood.. Especially bila prob ngn ur lover....!!! Jgn lyn org len cam org tu pun bermasalah ngan kamu.. Ada paham??? i'm sick of this!!!

YaALLAH...bantu lah hamba MU ini... :-(







Adab berbuka mengikut Sunnah


Adab berbuka mengikut Sunnah
Rasulullah SAW mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:


1.Membaca doa yang thabit daripada Nabi SAW


Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca: 
Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.




ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) 
 Hadis riwayat Abu Dawud


Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي





(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)
 Hadis riwayat Ibn Majah




Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.”
Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

2. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa."
Hadis riwayat al-Tirmizi

3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” 
Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib. Sabda Rasulullah SAW :
Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.”
Hadis riwayat al-Bukhari

Menurut Imam al-Nawawi :
"Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” 
Surah al-A’raaf : Ayat 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
Hadis riwayat al-Tirmizi

6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah SWT :
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
Surah al-Insan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar.  Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. 
Sabda baginda SAW :
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” 
Hadis riwayat al-Tirmizi.


dipetik dari :  Kalam Abu Musaddad




..HaNyA iNsAN BiAsA...

My photo
Teluk Bahang, Penang, Malaysia
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran... Masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan... & masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...